Sunday, September 21, 2014

PAS TIDAK ‘PELAHAP’ JAWATAN MB SELANGOR – HADI AWANG


Abdul Hadi Awang
BATU PAHAT – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak berebut jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana pandangan pihak tertentu di luar.
Ketika sesi penggulungan dan penangguhan Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja pada Sabtu, beliau berkata dalam isu Menteri Besar Selangor, terdapat hukum syarak yang perlu dipatuhi dan bukan hanya mengikut hukum akal semata-mata.
“Langkah Kajang adalah sesuatu yang tidak menyenangkan (kepada PAS). Saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak berebutkan jawatan Menteri Besar (Selangor).”
“PAS tidak ‘pelahap’ kepada jawatan Menteri Besar. Tetapi kena ingat di sana terdapat juga hukum syarak, jangan ikut hukum akal sahaja,” katanya sambil disambut teriakan ‘Allahuakbar’ oleh para perwakilan.
Abdul Hadi berkata PAS tidak berebutkan jawatan itu walaupun ia memiliki 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding 14 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DAP mempunyai 15 wakil rakyat.
Abdul Hadi berkata mengikut Perlembagaan Selangor, jawatan Menteri Besar perlu diisi seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Presiden PAS itu turut menyentuh isu ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama parti berkenaan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Beliau turut membidas rakan tahaluf siyasi PAS itu, yang disifatkannya sebagai tidak beretika kerana ‘mencuri’ dua wakil rakyat parti berkenaan untuk menyokong tindakan mereka dalam isu Menteri Besar Selangor.
“Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP) tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita. Adakah itu etika tahaluf siyasi?” katanya. Beliau mendakwa terdapat pihak yang memainkan peranan sebagai ‘barua’ dan ‘broker’ bagi membolehkan kedua-dua wakil rakyat PAS itu menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Mereka ialah Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Menteri Besar Selangor yang baharu dijadual mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang Selasa ini.
Abdul Hadi berkata walaupun PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR namun mereka masih mengekalkan perbezaan dalam dasar parti kerana ketiga-tiga adalah parti politik yang berbeza.
Beliau juga berkata tahaluf siyasi tidak bermakna mereka menjadi satu parti politik dengan dasar yang sama dalam pelbagai perkara.
“Tahaluf Siyasi adalah kerjasama di mana kita (PAS, PKR dan DAP) mencari titik kebersamaan,” katanya. – Bernama

Pas Pis Pus KO di Pengkalan Kubor!!



PRK Pengkalan Kubor melihatkan PAS kini semakin berpecah dalaman mereka dan semakin jauh dengan PR

kumpula ulama dan Anwarinas berperang sesama mereka... sedangkan PKR dan DAP hanya tersenyum germbira dengan peperangan yang berlaku dalam PAS

Kenyataan Presiden PAS semalam adalah kenyataan yang menunjukkan betapa beratnya masalah dalaman yang berlaku dalam PAS. Betapa nilai PAS telah dirobek oleh ahli mereka sendiri..

Baiah tidak lagi dihormati.. baiah pemimpin PAS kini hanya dibibir tetapi bukan dihati.. hati mereka lebih taatkan ANwar Ibrahim daripada Hj Hadi..

Inilah yang sebenarnya yang merosakkan PAS itu sendiri sebagai satu organisasi politik..

Adakah PAS akan berpecah dengan PR.. keputusan 23 haribulan ini akan menentukannya.. 

sumber: Aspirasi Bangsa